Sesi Terakhir Program Bersama Tabika Kemas Tjg Poting Bagi Tahun 2016.
12 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 11 Mei 2016, PI Bogag dengan kerjasama PI Tanjong Bowang,Singai telah menjalankan kelas untuk pelajar Tabika Kemas Tjg Poting. Kelas ini merupakan sesi latihan ICT terakhir bersama Tabika tersebut. Kelas yang disertai oleh seramai 15 orang pelajar bersama dua orang guru pembimbing itu dimulakan dengan tayangan video yang memaparkan gambar-gambar sepanjang kelas dijalankan bersama mereka. Tayangan ini antara lain bertujuan untuk mengamit kenangan dan melihat keceriaan mereka sepanjang mendapatkan ilmu ICT di PI.
Kelas kemudian dilanjutkan dengan sesi ulangkaji pembelajaran sesi-sesi sebelum ini iaitu Microsoft Word, E-Learning dan permainan serta tayangan video KDB. Puan Mary, Guru pembimbing Tabika tersebut amat berpuas hati dengan hasil kerjasama yang ditunjukkan PI dan berjanji akan terus menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan di PI di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: